Pages

Thursday, May 31, 2012

last day!


                        Finally..tanggal 31 Mei 2012 kini tiba. Ada apa dengan tarikh ini? ini tarikh last day untuk cik A habis kan praktikal kat company ni. Yeahhh!! Finally I’m free..walaupun sementara sahaja..*sigh..akan berehat sambil menyiapkan report selama 1 minggu. Btw thanks to my boss sebab bagi idea yang baik untuk aku keje kat company ini lagi. Dari duduk rumah tak ada duit masuk baik stay buat part time kan..hehehehe..i’m trying to be positive. InsyaAllah kerja itu ada. Moga Allah permudahkan cik A mencari kerja..hehe..

                First time merasa life macam orang lain. Life kat mana diorang semua busy mencari kerja. Menganggur..hantar resume sana sini..dapat panggilan interview..walaupun susah tapi ia manis…hehehehe..never give up..Mak cik A selalu bagi support..Mak cakap bila dapat keje cepat-cepat amik kereta sebijik tau…heeee~ Mak kata amik Myvi..comel gitu..hehehe..mak pun cakap ‘kumpul duit dari sekarang aeen, nanti tiba-tiba nak tunang je tak payah dah sibuk-sibuk kumpul duit.’..keh3..macam-macam la mak cik A ni..
                Ada satu harapan je, kalau boleh nak keje stil kat area skudai, JB, senai, or kulai..please la jangan campak saya g KL sana..saya tak nak..huuaaaaa!! nanti tak dapat makan dengan mak, tak dapat g enjoy-enjoy dengan bff..pastu kene cari rumah sewa..makan pun g kedai sendiri..tak best ok…huhuhuhu~~~ (ehemmm..jangan gedik sangat la..hahahaa)


**menanti jam 5 petang. Tak sabar nak rehat-rehat goyang kaki dekat rumah…hahahaha…bubye..counting …tik..tok…tik..tok..;)

Friday, May 4, 2012

12 mei 2012

finally, plan yang asyik tertunda-tunda tu ada kata putus..sabtu 12 mei cuba nak gerakkan gathering kat gunung pulai..first time plan ni kene kasi dekat-dekat dulu..hoyeahhh-hoyeahh..buleh jumpa diorang-diorang semua..yang study kat perak pon dah balik..yang keje pon ada yang dah amik cuti..hehehe..

meeting akan dijalankan sabtu or ahad ni..ni style free and easy trip..(dekat je pon)..makanan home made punya..konvoi ramai-ramai..minyak tong-tong sendiri..ni la keje cik aeen bila kat tempat praktikal tak ada keje..ada je dalam kepala yang di planning nya..

Lepas picnic ni, program reunion buka puasa pulak..macam biasa..lepas tu apa lagi..konvoi raya..

p.s : jalinan persahabatan kami ni tak ternilai dengan kata-kata. Moga kami menjadi sahabat sampai bila-bila (nak tiru ayat en. faezan..tapi..mcam over..hahaha)

our memory 'reunion buka puasa 2011

Monday, April 30, 2012

Saya bekerjaya untuk 4 bulan

Tanggal 1 Februari 2012 jam 8.00 pagi, cik aeen ni g lapor diri lah kan dekat UTM SPACE ni haa..berdebor-debor..mana tak nya. first time jejak kaki dalam ofis orang kan..malas nak citer perjalanan praktikal cik aeen ni.. JUMP to the next page!!! yehaaaa~

ketika cik aeen update blog ni merupakan tanggal 30 April 2012. secara rasminya masih ada 30 hari lagi untuk habis kan praktikal..dup dap dup dap..tak sabar nak habis..penat kejup asyik bangun pagi je ni..ahakzz..(btw da berzaman da blog ni di hide kan..malas nak berblog..ni haaa da busan baru bukak balik kan)

Hari khamis ni penyelia cik aeen datang opis..habis la..huhu..tak tau nak buat preparation apa..jem otak ni..hahaha..doa kan semoga semuanya baik-baik sahaja ya..

misi seterusnya ialah memburu pekerjaan..nak jadi orang bekerjaya sepenuh masa..nak ada kete sendiri, duit, rumah n akhirnya ada family sendiri..auchhhh!! gedik seh cik aeen ni..keh3

p.s : mari membusykan diri di saat penyelia nak datang...*sila jangan tiru macam saya..tak elok..haha~

Thursday, January 5, 2012

Aurat : menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
.
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” - surah an-Nur ayat 31
copied from this BLOG.

Monday, January 2, 2012

EXAM mode

Syukur sangat-sangat dengan jadual n subject untuk final exam sem ni..just 3 paper sahaja..hope sangat buleh study sampai muntah..Alhamdulillah..IB da habis baca..tinggal buat final revision je..n finally jugak paper 2 yg terakhir tu just 1 jam je..fuhhh..xde la stress nak stdy utk last paper nnti..yang tak best nya sebab lepas paper yg first tu ada gap 13 hari nak ke paper kedua..sangat-sangat jauh gap tu..so risau busan asyik study je..haha..kalau la dicepat kan 2 paper last tu mesti buleh balik rumah cepat da..haha..dah la siang asyik tdo je..malam baru sibuk study smpai subuh..tak apa..last da..pas ni xde buat lagi..kehhh3..

Friday, December 30, 2011

2012 will be our best year ever!

tinggal sehari je lagi nak masuk tahun baru..macam biasa..aku tak suka letak wish list sangat untuk new year..setle kan dulu wish-wish lepas yang tak tercapai-capai lagi..before masuk cerita tahun 2012 even blom masuk lagi..saja-saja nak share what already happen dalam tahun 2011 ni.. err..sebenarnya tak berapa nak ingat sebab mmg ada penyakit cepat lupa jalan citer sebenar..*sigh..tapi this year memang totally berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini..macam-macam dah capai, dah lalui, maybe bakal lalui akan datang..haa..tettt...yang bakal tu jangan citer dulu..simpan dulu citer excited tu..btw this year la macam-macam memory da dicipta..paling banyak memory dengan semua geng sekampung kat JB..selalu buat event makan-makan, buka puasa, reunion, steamboat, lepaking..rasanya tahun paling best masa raya aidilfitri. paling havoc ok kami konvoi..total 10 kereta..korang mampu??hahaha..akan datang hope buleh jadi 20 kereta ke..hahaha..this year jugak my best fren give me something yang memang aku tak akan lupa kan..memory tu semua telah dibukukan..thankz to my darling..dapat kek besor dari adek sendiri..pandai dia bagi kejutan kat akak dia..adek lelaki tu..dah lama aku tak sambut befday dengan family..tapi tahun ni semua dapat merasa..thankz ya my little bro..thankz again for the blueberry strawberry chocolate cake..wahahhaa..hebat nama kek ni..panjang..
this year juga semua kenangan sweet-sweet sour semua aku rasa..paling sour pun dah rasa..maybe tak nak rasa lagi sebab terlalu masam..hahaha..n this year jugak aku akan tinggal kan semua memory aku balik jb..bye-bye UKM..insyaAllah ada rezeki aku cont study lagi kat sini ye..doa-doakan..

ok..untuk tahun 2012 pula macam-macam perancangan dah dibuat..dari berita gembira my kak long, my yuyuyuyuyunk, my future..fuhh..btw yg yuyunk tu banyak sebab ramai sgt yuyunk yg bawak good news ni..aku doa kan korang semua bahagia ok..for me??jeng-jeng-jeng...insyaAllah..Allah lebih tau...teruskan hidup sambil ketawa dan dengki-mendengki manja dengan semua bodyguard saya, princess saya, mama saya n keluarga terchenta.. yang sour semua aku nak tinggal kan jauh-jauh..tak nak masuk dalam diari 2012..scan semua 'virus' yang ada..kasi bersih..winkkk!!

setelah sekian lama..ni entry paling panjang walaupun gigih study nak final next week ni..JB..da rindu sangat ni dengan JB.this sem balik rumah sekali sahaja..but never mind..sebab my mom selalu tepon anak chumel die ni (perasan..bluweekk)..n anak nya ni selalu jawab 'mak..ain kuat makan da ni..macam mana??'..haha..mak kata tak apa janji bahagia..mak pun tau if anak dia yang ni sedih tau..huhuhu..ok..next event BBQ dengan semua geng kG jb di penggerang!!!yoshhh!! nantikan aku balik baby2 semua..heeee~ gud nite..esok ada appointment dengan mentor terchenta nak setel kan pasal internship..finally company TETTT da kasi surat cinta..luv u la..muahhh!! ahakkzz..bubye~

Saturday, December 24, 2011

boring day~~~

aisshhh..busan seh cuti-cuti ni duduk bilik sorang-sorang..ramai pulak yang balik..sunyi sepi je kolej ni..nak study pun tak ada mood..so cepat la malam tiba..malam je aku buleh study..now nak tdo pun rasa macam dah banyak tdo.. -_-"

Friday, December 23, 2011

habis sesi kuliah di UKM~

now ready untuk final exam this January..
my first paper IB..3 Jan 2012..
yoshhh!!
now tinggal nak setle kan project paper for IB je..will be submit it b4 my first ~hope so..merong~~
sekarang ni tengah turun naik Dekan sebab nak setle kan isu LI je..
wahaii company TETTT cepat la hantar surat ko tu..da berminggu-minggu aku tunggu ni..
aku tak sabar nak reject company TUTTT ni..cepat la hantar..
prosedur LI aku last minggu depan je..
btw, please la..aku macam tak nak sama tempat LI dengan sapa-sapa pun..aku tak nak nampak bayangan budak2 UKM pun kat tempat tu..please..
accept me only ok..please2..
urghhh~~ menyirap seh..
macam tak ada life pusing-pusing sama je..
tonight aku nak membuta secukupnya..esok baru stat pulun study IB..kah3..
keinginan untuk capai pointer 3.00 keatas amat la aku nanti kan..
fuhhh~~ gud nite everyone..

Tuesday, December 20, 2011

kursus K ??

kursus K = kursus Kawen
kawan-kawan..jangan la selalu sangat tanam kan kat kepala n hati korang tu..
asal g kursus kawen sebab nak kawen je..
asal orang tu pergi kursus je mesti kene tanya 'amboi, da nak kawen nampak'
cuba la korang tanam kan sikit dalam jiwa korang tu sebab nak g kursus K tu sebab nak ilmu yang ustaz-ustaz tu ada..kalau tak pikir macam ni memang korang pergi dengan terpaksa la..
sebab tu ramai tak pedulik dengan apa isi kandungan yang cuba disampaikan dalam kursus tu..
tu yang jadi nya masuk dewan je semua tak nak duduk depan..semua duduk belakang..
konon nye duduk belakang-belakang ni buleh tdo..
see..datang kursus tu asal dapat sijil je la kaedah nya??
silap ye kawan-kawan..
tu salah satu majlis ilmu..so jangan la beriya sangat..

p.s : aku dengar-dengar cerita tahun depan kursus kawen da stat seminggu..n ditambah lagi tak buleh balik rumah..kalau sekarang ni just 2 hari..tu pun buleh balik..btw..kat UKM ni la semua aku pulun..dari lesen, kursus kawen, g oversea, jalan-jalan luar dari johor n selangor..semua ni hanya dapat kat masa belajar je..so aku masih lagi rasa nak sambung belajar..doa-doa harap ada scholarship lagi untuk sambung master..kalau tak ada..jawab nye kene kumpul duit dulu la ye..k choowww~

Friday, December 16, 2011

1 more week only~

tinggal seminggu je sesi kuliah kat bumi UKM ni..ahakkzz..
last kelas aku kat uKM ni jumaat depan..
Alhamdulillah..minggu yang busy telah berlalu..
setle semua presentation yang sebanyak 3 tu..selasa smpai tadi baru habis..
now leh fokus pada assgnmnt IB dengan tesis sahaja..
ready nak pulun habis..chaiyOok..
wish me luck
hope dapat grad dengan jaya nya pada tahun 2012 nanti
i will miss u all my junior, jaksa-jaksa, memantan jaksa, kawan se'batch, kawan se'major..
tak sangka 3 tahun tu sekejap je..
but aku tak reaady lagi nak wish gud bye kat korang..
so KAPREZA'12..nanti kan aku datang..
i will support this program..
n i will miss KAPREZA'11 also NUBHAN..wehuuu~~!!

: : cOuntdOwn : :

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers