10 Sebab-Sebab:
1. Kurang atau hilang lansung nikmat bercinta. Tiada suprise lagi kerana segala yang sweet telah dilakukan semasa zaman bercinta. Contoh membeli belah bersama-sama atau duduk makan bersama-sama.
2. Menambahkan tekanan dan membuat jiwa kacau. Contoh menjadi seorang yang cemburu dan sensitif apabila teman lelaki atau teman wanita rapat dengan orang lain atau kurang masa untuk melayan karenah pasangan masing-masing.
3. Menambahkan risiko kemurungan. Bayangkan cinta yang dibina terputus di tengah jalan. Selalunya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan melupakan.
4. Mungkin akan mengalami kejutan budaya kerana pasangan telah menunjukkaan warnanya yang sebenar apabila sudah berkahwin. Zaman berkawan dan bercinta bukan main smart dan bergaya. Bila sudah kahwin dan duduk serumah terkejut kerana si dia pengotor rupa-rupanya.
5. Kebanyakan percintaan sebelum perkahwinan membawa kehancuran dan kelalaian. Lupa cinta utama kerana hanyut dengan cinta sesama manusia.
6. Pasangan yang telah bercinta sebelum berkahwin tidak dapat merasai nikmat berperasaan malu-malu, tangan berpeluh apabila berjumpa kali pertama menatap mata secara halal dan sah, dan peluh memercik di dahi apabila duduk berdua-duaan untuk kali pertama bersama si dia yang sudah sah menjadi milik kita.
7. Sudah biasa berjumpa. Sudah biasa bersentuhan. Sudah biasa itu dan ini dengan si dia. Maka tidak mustahil sudah biasa yang dilakukan sebelum berkahwin menjadi biasa-biasa juga selepas berkahwin. Tiada yang luar biasa lagi.
8. Seronok dapat bunga daripada si dia yang bergelar suami/isteri atau seronok dapat bunga daripada pakwe/makwe? Seronok suami/isteri yang suapkan kita makanan atau seronok pakwe/makwe yang suapkan kita makanan? Seronok makan ais krim dalam bekas yang sama dengan suami/isteri atau seronok makan aiskrim dalam bekas yang sama dengan pakwe/makwe?
9. Semua yang di atas kedua-duanya adalah seronok. Yang menjadi beza, berseronok dengan suami/isteri adalah ibadat dan dapat pahala dan berseronok dengan pakwe/makwe bukan ibadat dan mendapat dosa.
10. Suka tak dengar lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Anna Rafali and the gang? Setiap lirik dan perenggan punya makna jika dihayati dengan sepenuh perasaan. :')
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat al-Bukhari)
p/s : thankz to fatin sebab bagi izin share..:)
0 comments:
Post a Comment