Pages

Thursday, December 16, 2010

~4 ciri lelaki hebat~

 KEHEBATAN TERSERLAH

lelaki yang hebat di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang bantu pasangannya. lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya taua buat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pon. tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan cam jebat, tuah tu semua yang biarkan pasangan sendri buat keje sendri di dapur. sebaliknya lelaki yang hebat ialah lelaki yang ringan tulang membantu.

TAHU AKIBAT

menjadi lelaki yang hebat juga bermakna tahu membezakan baik dan buruk dalam kehidupan. sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah pikir kesannya kepada pasangan anda. adakah ianya mengguris hati mereka?lelaki yang hebat ialah lelaki yang tahu menjaga hati pasangannya sebaik mungkin. percayalah, jika lelaki2 di luar sana pandai menjaga hati pasangannya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. 
*sebenarnya ramai lelaki gagal berbuat demikian kerana kebanyakan lelaki suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

AMBIL BERAT

wlupon sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. jangan sesekali ambil kesempatan kerana ianya hanya akan menunjukkkan kelemahan anda sendiri. jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, yang sanggup korban kan apa sahaja demi menjaga hati pasangan. menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksanakannya mungkin agak sukar. tapi, lelaki hebat tidak akan teraga-agak berbuat demikian kerana mereka tahu yang penghabisannya sangat berbaloi. diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa sahaja untuk anda, sama seperti kaum lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi pasangannya untuk menjaga hati.

PANDAI AMBIL HATI

ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan lain-lain. lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah HENSEM, KAYA, BAIK dan sebagainya. tetapi dalam ribuan semua lelaki, bukan semua memilikinya. ada yang dilahirkan dengan wajah LIKE-LIKE JAH dengan kerja yang TAK BONGGA. ini membuat kan lelaki rasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki hebat.namun, tak mustahil untuk anda menjadi lelaki yang hebat dimata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalu.


0 comments:

: : cOuntdOwn : :

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers