Pages

Thursday, May 31, 2012

last day!


                        Finally..tanggal 31 Mei 2012 kini tiba. Ada apa dengan tarikh ini? ini tarikh last day untuk cik A habis kan praktikal kat company ni. Yeahhh!! Finally I’m free..walaupun sementara sahaja..*sigh..akan berehat sambil menyiapkan report selama 1 minggu. Btw thanks to my boss sebab bagi idea yang baik untuk aku keje kat company ini lagi. Dari duduk rumah tak ada duit masuk baik stay buat part time kan..hehehehe..i’m trying to be positive. InsyaAllah kerja itu ada. Moga Allah permudahkan cik A mencari kerja..hehe..

                First time merasa life macam orang lain. Life kat mana diorang semua busy mencari kerja. Menganggur..hantar resume sana sini..dapat panggilan interview..walaupun susah tapi ia manis…hehehehe..never give up..Mak cik A selalu bagi support..Mak cakap bila dapat keje cepat-cepat amik kereta sebijik tau…heeee~ Mak kata amik Myvi..comel gitu..hehehe..mak pun cakap ‘kumpul duit dari sekarang aeen, nanti tiba-tiba nak tunang je tak payah dah sibuk-sibuk kumpul duit.’..keh3..macam-macam la mak cik A ni..
                Ada satu harapan je, kalau boleh nak keje stil kat area skudai, JB, senai, or kulai..please la jangan campak saya g KL sana..saya tak nak..huuaaaaa!! nanti tak dapat makan dengan mak, tak dapat g enjoy-enjoy dengan bff..pastu kene cari rumah sewa..makan pun g kedai sendiri..tak best ok…huhuhuhu~~~ (ehemmm..jangan gedik sangat la..hahahaa)


**menanti jam 5 petang. Tak sabar nak rehat-rehat goyang kaki dekat rumah…hahahaha…bubye..counting …tik..tok…tik..tok..;)

Friday, May 4, 2012

12 mei 2012

finally, plan yang asyik tertunda-tunda tu ada kata putus..sabtu 12 mei cuba nak gerakkan gathering kat gunung pulai..first time plan ni kene kasi dekat-dekat dulu..hoyeahhh-hoyeahh..buleh jumpa diorang-diorang semua..yang study kat perak pon dah balik..yang keje pon ada yang dah amik cuti..hehehe..

meeting akan dijalankan sabtu or ahad ni..ni style free and easy trip..(dekat je pon)..makanan home made punya..konvoi ramai-ramai..minyak tong-tong sendiri..ni la keje cik aeen bila kat tempat praktikal tak ada keje..ada je dalam kepala yang di planning nya..

Lepas picnic ni, program reunion buka puasa pulak..macam biasa..lepas tu apa lagi..konvoi raya..

p.s : jalinan persahabatan kami ni tak ternilai dengan kata-kata. Moga kami menjadi sahabat sampai bila-bila (nak tiru ayat en. faezan..tapi..mcam over..hahaha)

our memory 'reunion buka puasa 2011

Monday, April 30, 2012

Saya bekerjaya untuk 4 bulan

Tanggal 1 Februari 2012 jam 8.00 pagi, cik aeen ni g lapor diri lah kan dekat UTM SPACE ni haa..berdebor-debor..mana tak nya. first time jejak kaki dalam ofis orang kan..malas nak citer perjalanan praktikal cik aeen ni.. JUMP to the next page!!! yehaaaa~

ketika cik aeen update blog ni merupakan tanggal 30 April 2012. secara rasminya masih ada 30 hari lagi untuk habis kan praktikal..dup dap dup dap..tak sabar nak habis..penat kejup asyik bangun pagi je ni..ahakzz..(btw da berzaman da blog ni di hide kan..malas nak berblog..ni haaa da busan baru bukak balik kan)

Hari khamis ni penyelia cik aeen datang opis..habis la..huhu..tak tau nak buat preparation apa..jem otak ni..hahaha..doa kan semoga semuanya baik-baik sahaja ya..

misi seterusnya ialah memburu pekerjaan..nak jadi orang bekerjaya sepenuh masa..nak ada kete sendiri, duit, rumah n akhirnya ada family sendiri..auchhhh!! gedik seh cik aeen ni..keh3

p.s : mari membusykan diri di saat penyelia nak datang...*sila jangan tiru macam saya..tak elok..haha~

Thursday, January 5, 2012

Aurat : menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
.
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” - surah an-Nur ayat 31
copied from this BLOG.

Monday, January 2, 2012

EXAM mode

Syukur sangat-sangat dengan jadual n subject untuk final exam sem ni..just 3 paper sahaja..hope sangat buleh study sampai muntah..Alhamdulillah..IB da habis baca..tinggal buat final revision je..n finally jugak paper 2 yg terakhir tu just 1 jam je..fuhhh..xde la stress nak stdy utk last paper nnti..yang tak best nya sebab lepas paper yg first tu ada gap 13 hari nak ke paper kedua..sangat-sangat jauh gap tu..so risau busan asyik study je..haha..kalau la dicepat kan 2 paper last tu mesti buleh balik rumah cepat da..haha..dah la siang asyik tdo je..malam baru sibuk study smpai subuh..tak apa..last da..pas ni xde buat lagi..kehhh3..

: : cOuntdOwn : :

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers