Pages

Monday, December 27, 2010

~gila pada 26/12/2011~

THE MINES!!!!
pada jam 11.00 pagi tidur ku telah diganggu dengan panggilan dari Faten taheera..'Aeen..blok ko ade air x??
dlm hati 'sape la kcu ak tdo ni'..kantoi gler bangon lambat kan..kan..kan..haha
tup tap tup tap konon nyer nk smbung tdo..skali..
tUk..tUk..tUk...
faten ktuk pintu..nak tumpng mandi..hahaha
lai..lai..sila msok..
skali jew die masok dia ckp dia nak g kluar sndiri..shopping...
ASAL BOLEH JEW MINAH NI BUAT AK JELES KAN..
haha..so tanpa segan silu ak pon trus g mndi..sambil gosok gigi sambil pkr nak ikot kew tak..
habis jew gosok gigi akhirnya keputusan telah dibuat..aku nak ikut gak dia g shopping wlupon xde duit...
siap jew mandi trus tepon izati..ajak g skali..die pOn kata 'OK!!!'..
dok2 siap skali kul 1 lebih baru gerak...
happy ni sbb faten bagi pinjam duit (sian kan smpai pinjam duit org lain tok shopping...T_T)
sampai sane dlm kol 2 lebih..kaki ni da saket tahap nak tertanggal da..melecet sbb pinjam kasut org laen gara-gara kasut sendri terputus di tengah jalan..(kasut yg xsmpai sebulan di beli dengan harga yang agak mahal..maybe kaki ku ini xlayak untuk memakai kasut seperti itu..phua chu kang nyer kasut kuning maybe tahan lama untuk ak..down jup)
smpai jew mines trus terjah mcD (konon nyer ngidam mcD..izati la  yg da lama ngidam..cian dia..haha)
ngh makan2 skali ade mamat ni datang dengan lawak buduh die..promoter kot..tah..'adek..klu abng kluar kan benda ini adek jgn jerit tau'..pehh..ade gak burger Chicken Mc Deluxe ak ni kat muka ko nnti..
p/s : seyes..abang ni bercakap selaju 100km/jam...sangat2 la laju..
pas die bla jew..hasil perbincangan aku, zati, n faten akhirnya kami telah menyenarai pendekkan cerita..iaitu..ade beberapa perkataan jew yg kami dengar dengan jelas iaitu..YES..TERIMA KASIH..JUMPA LAGI..BYE2...(YES = year end sale)..tu nsb baek kami paham..
abang tu bla jew aku lak jadi haus dengar dia ckp laju cam tu..
ok..siap jew makan trus terjah cari kasut..ni kes2 terpencil..(skng ni bnyak sgt ek kasut2 ala gladiator..dok tali sana sini..)
jiwa xrock..xjugak terlalu feminin..so..sbb da xtahan sgt kaki ni saket akhirnya leh tercapai wedges bernilai RM 39.90 (less 20%)..mahal gak bagi ak sbb ngh pokai..
ok..tabah kan diri..smua g solat..pas tu sambung merayau cari baju..kluar masok fitting room..
tiba2...afzalina iaitu AH CHU???tah la..die mcg kate mereka2 sedang onway kew mines..mmg terbaek la kan cz dr 3 owg akhir nya jadi 10 owg..
kami g tengok wayang...citer JANIN...=_='

mula2 tgk mcm seram..lama2 xde perasaan langsung..owg depan ngn kiri kanan dok jerit2..yg aku leh tenung jew muka hantu tu..seyes..xseram langsung..tp jalan cerita agak sedey la...EJA mmg pandai bawak watak sedey2 ni..KASIH SAYANG seorang ibu terhadap anak kandung nya..
selesai jew tgk muvie kami trus g solat..pas tu makan....pas tu sambung lagi window shopping..
jam 10 malam baru kami gerak g ke KTM serdang..
ok..nk jerit jup...
ARGHHHHHH!!!!
sebab..mesin tiket KTM mcm siot...
dari 3 mesin yang ada juz satu jew berfungsi dengan elok..
dah la ramai gile yang beratur..ok..duit da ckop ni tok tiket 4 owg..skali smpai je giliran owg depan aku ni baru tau yang mesin tu tak leh accept duit kertas..(kaedah nya tu mesin duit syiling la yew!!!)
total kene bayar ialah RM 6.80...duit syiling 10 sen, 20 sen n 50 sen (50 sen sekeping..yg bnyak duit 10 sen...) mmg sedey la tangan aku time tu..kalau jenis masok n terus accept tu xpew la gak..ni nak main muntah2 lak mesin tu..xpew2..aku leh sabar lagi..ok..da sampai RM5.50 ni aku masok kan syiling skali....
pEHHHH!!!!...seyes..mesin tu MUNTAH HABIS semua usaha ak memasukkan duit syiling sebanyak RM5.50 tu cam tu jew..smua duit syiling keluar cam tu jew...I DOWN OK...dah la nak cari syiling susah..siap ade yang sedekah jew bagi ktowg duit syiling..skali useless!!
urgghhhhh!!!..xpew2..sabor..mmg da bengang tahap gler last decide nak naik jew train tanpa tiket..naseb baek di sebabkan rase tanggungjwab tu..g la report kat ofis KTM serdang tu...die pon dengan relax kate 'xpew..awak bayar jew kat tempat awak nak turun nanti'...seyes..bengang ngn staff tu..
awat xcakap awal2....
disebabkan rase tanggungjwab tu dah makin hilang..setibanya di stesen UKM dengan muka selambe je kami2 yg xde tiket ni terutamanya ak main lalu jew kat tempat pakcik yang cek tiket tu..dah pkr da..kalau die xmintak mmg nak blah cam tu jew..skali betul..die xminta..so diam sudah..yang paling best ni kawan senasib ni gak g bagi tiket mase die nak g mines...hahaha..tok hari ni ade sedikit untung..
naseb baek bas UKM ade lagi..xde la naik teksi..dalam bas mmg tiba2 aku jadi jahat..slalu dengki ijat sebab dia pelat cakap huruf R...maaf der...aku juz nak release tension jew..hahaha...mesti pakcik bas bengang dengar kami memekak kan..hihihi..
sampai jew kolej aku terus mandi, solat, fb, n sehinggan la terdorong tok update citer tragis pada hari ni..
huh..penat..stop sampai sini..hope xde lagi dugaan cam ni...

p/s : minta maaf ek kat kowg smua atas aktiviti dengki yang keterlaluan dari saye...xD

Thursday, December 16, 2010

~4 ciri lelaki hebat~

 KEHEBATAN TERSERLAH

lelaki yang hebat di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang bantu pasangannya. lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya taua buat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pon. tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan cam jebat, tuah tu semua yang biarkan pasangan sendri buat keje sendri di dapur. sebaliknya lelaki yang hebat ialah lelaki yang ringan tulang membantu.

TAHU AKIBAT

menjadi lelaki yang hebat juga bermakna tahu membezakan baik dan buruk dalam kehidupan. sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah pikir kesannya kepada pasangan anda. adakah ianya mengguris hati mereka?lelaki yang hebat ialah lelaki yang tahu menjaga hati pasangannya sebaik mungkin. percayalah, jika lelaki2 di luar sana pandai menjaga hati pasangannya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. 
*sebenarnya ramai lelaki gagal berbuat demikian kerana kebanyakan lelaki suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

AMBIL BERAT

wlupon sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. jangan sesekali ambil kesempatan kerana ianya hanya akan menunjukkkan kelemahan anda sendiri. jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, yang sanggup korban kan apa sahaja demi menjaga hati pasangan. menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksanakannya mungkin agak sukar. tapi, lelaki hebat tidak akan teraga-agak berbuat demikian kerana mereka tahu yang penghabisannya sangat berbaloi. diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa sahaja untuk anda, sama seperti kaum lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi pasangannya untuk menjaga hati.

PANDAI AMBIL HATI

ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan lain-lain. lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah HENSEM, KAYA, BAIK dan sebagainya. tetapi dalam ribuan semua lelaki, bukan semua memilikinya. ada yang dilahirkan dengan wajah LIKE-LIKE JAH dengan kerja yang TAK BONGGA. ini membuat kan lelaki rasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki hebat.namun, tak mustahil untuk anda menjadi lelaki yang hebat dimata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalu.


Monday, November 29, 2010

~cOklat_my faV~



Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechinsdan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan.Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapaticoklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper)dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-manamakanan janganlah ambil berlebihan.

Wednesday, November 24, 2010

~takziah~


Unexpected....keluarga kawan sndri...takziah..hOpe hajrah n family tabah..
SEDIH...Hamzah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menunggu jenazah Rohana di HSI, semalam.
SEDIH...Hamzah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menunggu jenazah Rohana di HSI, semalam.
JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.
Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.



Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

Saturday, November 20, 2010

~kenapa bercinta sebelum kawin itu tidak seronok?~


10 Sebab-Sebab:


1. Kurang atau hilang lansung nikmat bercinta. Tiada suprise lagi kerana segala yang sweet telah dilakukan semasa zaman bercinta. Contoh membeli belah bersama-sama atau duduk makan bersama-sama.

2. Menambahkan tekanan dan membuat jiwa kacau. Contoh menjadi seorang yang cemburu dan sensitif apabila teman lelaki atau teman wanita rapat dengan orang lain atau kurang masa untuk melayan karenah pasangan masing-masing.

3. Menambahkan risiko kemurungan. Bayangkan cinta yang dibina terputus di tengah jalan. Selalunya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan melupakan.

4. Mungkin akan mengalami kejutan budaya kerana pasangan telah menunjukkaan warnanya yang sebenar apabila sudah berkahwin. Zaman berkawan dan bercinta bukan main smart dan bergaya. Bila sudah kahwin dan duduk serumah terkejut kerana si dia pengotor rupa-rupanya.

5. Kebanyakan percintaan sebelum perkahwinan membawa kehancuran dan kelalaian. Lupa cinta utama kerana hanyut dengan cinta sesama manusia. 

6. Pasangan yang telah bercinta sebelum berkahwin tidak dapat merasai nikmat berperasaan malu-malu, tangan berpeluh apabila berjumpa kali pertama menatap mata secara halal dan sah, dan peluh memercik di dahi apabila duduk berdua-duaan untuk kali pertama bersama si dia yang sudah sah menjadi milik kita. 

7. Sudah biasa berjumpa. Sudah biasa bersentuhan. Sudah biasa itu dan ini dengan si dia. Maka tidak mustahil sudah biasa yang dilakukan sebelum berkahwin menjadi biasa-biasa juga selepas berkahwin. Tiada yang luar biasa lagi.

8. Seronok dapat bunga daripada si dia yang bergelar suami/isteri atau seronok dapat bunga daripada pakwe/makwe? Seronok suami/isteri yang suapkan kita makanan atau seronok pakwe/makwe yang suapkan kita makanan? Seronok makan ais krim dalam bekas yang sama dengan suami/isteri atau seronok makan aiskrim dalam bekas yang sama dengan pakwe/makwe?

9. Semua yang di atas kedua-duanya adalah seronok. Yang menjadi beza, berseronok dengan suami/isteri adalah ibadat dan dapat pahala dan berseronok dengan pakwe/makwe bukan ibadat dan mendapat dosa.

10. Suka tak dengar lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Anna Rafali and the gang? Setiap lirik dan perenggan punya makna jika dihayati dengan sepenuh perasaan. :')



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat al-Bukhari)



p/s : thankz to fatin sebab bagi izin share..:)

Thursday, November 18, 2010

~siapa yAng cHantek?~

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

~kerAna Aku sAyang kAmu~


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

: : cOuntdOwn : :

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers