Pages

Thursday, October 27, 2011

kembali semula...

sori sebab aku tutop blog buat beberapa hari yang lepas..just rasa ade rasa tak selesa..next week akan balik ke jB semula..skip kelas hari jumaat..gamble gila tak beli tiket..main serbu terminal jumaat nanti..kalau tak ada tiket raya kat UKM pun tak ape kan..lol..i already meet my idol today...talk yang dia bagi sangat-sangat best..inspired me..weii..chill la..penat seh badan aku hari ni..tak leh nak tdo...well..congratz to my sayang sebab bakal bertunang..hehe..suka sangat dengar berita ni..senyum kan sampai telinga..hope sampai jinjang pelamin..ada member aku pulak tanya 'aeen, ko bila nak tunang?'..haha..alahai..tak ada soklan lain ke nak tanya..soalan ni dah basi da..cuba cari soalan yang menguji minda sikit..baru power..lol..

p.s : tukar link??hurmm..sounds good..;)

Monday, October 24, 2011

selasa or rabu???

convention tu ada hari selasa n rabu kat melaka..decide-decide..ok..pergi hari rabu..selasa pergi kelas..+_+..tak dapat dengar Dr.M bagi talk..huhuhu...benci..benci..k la..baik pergi kelas memandangkan kelas hari selasa tu da 2 kali berturut aku skip..kalau esok tak pergi la cukup 3 kali pulak masalah nanti...rabu kelas tak ada so buleh je la..janji sijil international tu ada..masuk resume terus..senang citer..

ehemm..hari ni best buat keje kat putrajaya..dapat coklat free 2 bar..hahahha!! pandai aku berlakon kan..ngehehhe..perfect seh..lunch punya jauh sampai alamanda..terbang RM10..balik-balik je terus bukak fb usha beg..on9 shopping seh..first time aku buat..cari beg nak g V trip..layan kan aje la buang duit merata ni memandangkan sem ni aku langsung tak enjoy dengan duit yang aku dapat..sekarang tengah tunggu duit elaun SME masuk dengan duit gaji yang aku keje masa short sem dulu..bengang betol sebab sampai sekarang gaji tu tak dapat lagi..konon nya nak tampung untuk duit short sem..hampehhh..sekarang ni nak cepat2 setle kan hantar resume kat semua company kat KL n selangor ni..cuti raya haji baru aku nak g cari tempat praktikal kat Jay Bee pulak...before cuti nak setle kan semua keje..tesis, ekonomi buruh, pendidikan dan masyarakat..ready untuk exam mid sem IB aku next week..yOOshhh!!!

p.s : woiiii!!!benci seh..ko panggil aku macam tu lagi pas ni aku sound ko terang-terang kat FB tau!! ishhh..: |

hari pertama!! payah!!

hari ni first day g apply company untuk LI..payah weii..da apply for BNM and ASTRO..mcm tak ada harapan je..dah la susah nak apply..canggih sangat teknologi sekarang ni...hati tetap nak buat kat johor je..aishhh..lemah-lemah!! tak ada mood nak buat lagi hari ni..so tunda ke hari esok..haha!!weeee~~ out to putrajaya..

Sunday, October 23, 2011

dia bukan kawan saya lagi :p

cakap pasal fon aku la..sekarang dia bukan kawan baik aku lagi macam dulu..sekarang ni aku keluar pun aku tinggal fon kat bilik..hahaha..tu sebab la bila ada yang kol aku ke mcg memang aku lambat reply..malas nak ke hulu ke hilir dengan fon tu..sunyi sepi je fon aku tu yang confident tinggal kan fon dalam bilik..guna hp untuk benda penting je..setakat nak mcg-mcg gayut-gayut lantak pi la..silap-silap aku yang tak layan..lol

apa je aku merepek kat sini..malas-malas!! k countdown lagi..16 more days to go..;)

my internship

alahai..resume n cover letter da siap...sekarang ni tempat nak LI pulak..banyak kat KL n selangor je ni..payah-payah...macam mana aku nak cari yang dekat jB ni..aiyOOo..KL jauh sangat la pulak..mana mau tinggal..+_+..

alahai..nak praktikal pun payah..da macam nak pilih keje tetap je..tinggal lagi brape minggu je nak final..bulan 2 terus praktikal..kang amik jauh-jauh susah pulak nak balik kan..amik dekat-dekat pulak payah nak cari company yang kene dengan kos aku..part Ekonomi da senang..masuk part majoring aku da pening..industri dan antarabangsa...apa je aku leh masuk ni..aiyOOoo...my mentor..please guide me..hoho..blurr habis ni..belajar da dekat 3 tahun tapi satu apa pun tak tau nak masuk keje position mana..i downn!!!

Saturday, October 22, 2011

busan sangat pun buleh menyebabkan stress tau!

dah berapa kali Sabtu da aku selalu tak ada kat bilik busy buat keje lain kat luar. rasa macam kali ni first time ber-Sabtu kat bilik sorang-sorang (memang la sorang..nama pun bilik single)..semua girlpren saya tak ada..aku je dok gila sorang-sorang kat bilik..seyes busan seh..ngadap FB, layan korea je memanjang.. nak buat tesis yang chapter 2 pun tak buat-buat lagi..semua ni sebab tak ada mood la..dah la hari ni bangun awal gile..pukul 7 dah tak nak tidor..aku buat la keje basuh baju, ampai, kemas bilik..luar biasa hari ni la..tak pernah-pernah bangun awal macam tu lagi-lagi hari cuti ni..sangat la busan ok...-_-"

sebenarnya banyak je lagi keje aku ni haa..dengan paperwork aku still tergantung lagi. demm!!tak setle2 masalah dengan paperwork tu..aishhhh..kalau la aku tau..tak nak jadi kepala handle program ni..huaa!!tak tau nak cakap apa..busan yang teramatlah sangat. hp sunyi sepi..FB da busan..blog??bebel sorang-sorang je la mampu..sedih!!

sapa main-main kan dia aku sebat sorang-sorang

umur dia da buleh sangat da untuk dia berkahwin. tapi kadang-kadang nampak dia macam dah terdesak sangat nak berkapel. ni lagi kan pulak nak berkawen. aku tak nak dia salah pilih bakal suami nanti. selalunya orang yang lebih tua akan nampak apa yang kita tak nampak. mereka yang lebih tau apa yang terbaik untuk kita. jangan sampai silap menilai. selagi buleh aku nak jaga semua orang yang aku sayang. mak, family, my lalink-lalink. sapa macam-macam dengan diorang memang aku kejar sampai lubang cacing tau!! 

p.s : heyy mat!!!ko macam-macam dengan akak aku memang aku cucuk lubang idong ko sampai hilang hidung ko tu..try la buat bukan-bukan. ko ready ayat-ayat sentap aku untuk ko..muahahhaha!

jagalah hati kaum Hawa wahai Adam

perempuan memang di jadikan punyai hati yang senang tersentuh. se-brutal mana perempuan itu pun hati dia tetap akan terguris kalau kaum Adam kat luar sana sakit kan hati mereka. ada beberapa my best fren 'sakit' sebab lelaki. susah nak jangka apa yang lelaki fikirkan. 

tapi memang tak buleh nak salah kan lelaki. bagi aku sendiri aku tak suka sikap 'usha-mengusha' yang lelaki suka buat. memang da jadi lumrah sifat lelaki macam tu. but sometimes dalam proses mengusha tu si perempuan akan terdetik kat hati mereka rasa suka kat lelaki tu. percaya lah. even lelaki tu hensem or tak asal kan dia caring kat perempuan tu mesti perempuan tu akan falling in love dengan lelaki tu. sebab jemu? tak mencabar? or tak cantik? maybe banyak sebab la lelaki suka lari tinggal kan perempuan yang dia pernah bagi harapan. maybe jugak lelaki tu sekadar suka-suka nak mengenali perempuan tu. 

to my sayang..be strong k..jodoh kamu maybe ada yang lebih baik dari sebelum ini. kuat dan terus kan hidup..aku ada dengan kamu..

Thursday, October 20, 2011

apsal la suka sangat hidup dalam rasa menyesal

tu aku la tu..tajuk entry tu aku cakap pasal aku..down!!bila masa pergi pusat kesihatan hari tu aku g bagitau doctor yang aku hilang selera makan. hambekk!!aku rasa ubat vitamin C yang dia bagi ni memang naik kan selera makan aku la..makin down bila makin menjadi-jadi aku makan malam ni..kalau dulu sehari makan da cukup..ni tak..at least 2 kali aku makan..blom yang ngunyah-ngunyah lagi..pengsan!!

next!!!



next..1st international women in business convention (MITC-MELAKA)..2 days..menimba ilmu 


sambil melancong..wehuuu~!


final year yang penuh dengan trip!! (^__^)

: talk..talking..speak :

National conference on Entrepreneurship (NiCE 2011)
--> dengar nama je macam da gempak kan..tapi untuk orang yang macam lecturer la..tak pun entrepreneur luar sana yang da berjaya n nak berjaya lagi..untuk orang macam aku dengar benda ni memang masuk telinga kiri kuar kanan je la. penat tahan mata n telinga dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. 2 paperwork berjaya dibentang kan dan 2 forum berlangsung. ni baru first day. duduk dalam dewan yang ber air cond lama macam tu..lunch hour pulak ktorang merayap kat UiTM shah alam tu..konon macam tau jalan kan..last-last jalan kat parking je..cehhh..besar sangat la kot UiTM ni..jalan punya jalan sampai galeri..pastu menteri nak datang masuk balik dewan..fuhh..penuh sehh dewan!!seyes..lepas perasmian..fuhhh!!kosong seh dewan..cehhh..nampak benor tak dapat sambutan program ni..*mesti menteri pikir 'woahhh, berjaya la..haha..nvm..2nd day aku dah tak pergi sebab kene batuk teruk. tak pe..asal kan ade sijil..hehe

CIMB presentation about sales and job (CIMB Group)

mula-mula busan..mana tak nya muka terpaksa pegi sebab syarat nak amik praktikal sem depan..kalau tak cukup 4 kali perjumpaan ni memang kene deduct 10%..i down ok..ok..fine..rela lepas kan kelas ekonomi buruh tadi. just nak share kat sini. apa yang employer luar sana nak. macam mana nak tonjolkan diri kat majikan? gunalah CV. guna paper berkaler. tapi jangan yang sampai sakit mata tu. light2 color je..NAMA tu besar kan sikit. gambar tu kasi nampak pro..tapi aku tak buat pun semua ni..hoho..

p.s : what is CIMB stand for??---> jawapan : Cina India Melayu Bank..*pandai presenter tu buat lawak kan..


esok quiz!!!owhhhhh...tak study lagi...true and false question jahhh..btw..i miss my home town..huaa!! da 2 bulan akhirnya tak balik..sedih2..kbai

bila manusia terlalu ikut kan perasaan

dah nama pun manusia, ada emosi bagai. sebab tu bila kita buat baik kita akan diingati sekejap je..tapi bila buat salah orang akan ingat sampai mati. semua bertindak ikot emosi semata-mata. cakap asyik nak menang je. tak puas hati memanjang. 

kat UKM ni ade gelombang Arron Aziz. Nora Elena..(sape tah minah ni..aku tak kenal sebab dah tak layan drama TV ni)..dok sibuk masing-masing dengan artis ni. aku?relax la..tak minat pun artis-artis ni..jumpa depan mata pun buat-buat tak nampak je..tak de la sampai nak 'leh tangkap gambar x?'..eww..tu bukan aku..masalah nya satu je..aku ingat diorang pun bukan diorang ingat aku. so baik tak yah..buang masa je..tipu je lebih.paling dekat tu haa..Bandi Amuk..rumah dekat je dengan aku..tak de pun macam orang gila (even mmg la dia da tak femes pun)

semalam gigih kan diri pergi pusat kesihatan. melayan deretan ubat yang langsung tak sedap. yang best nya ubat aku tu ade effect ngantok.. asala makan je mesti layu je mata. tu yang seronok. tidor pun dah kurang dah batuk nya. syukur..btw 19 more days to gO..can't wait..;)

Wednesday, October 19, 2011

jyeahhh!!!

saya sudah ber-PK (pusat kesihatan)..hampir ber-bena (ubat)..tapi blom lagi..today nak last day untuk ngadap paperwork yang dah 3 minggu ni..fokus pada study, LI and thesis..down!!3 minggu memang ngadap paperwork je kan..ok..nak makan ubat lalu tdo..perlukan rehat yang ckup..

Tuesday, October 18, 2011

: mOK itu gemok :

hati senang aku MAKAN, hati susah aku pun MAKAN, hati sedih aku MAKAN jugak..kesimpulannya, semua masalah buleh selesai dengan MAKAN..n now aku da ready dari segi mental aku nak balik jb untuk budak-budak ni panggil aku gemuk..muahahhahaa!! untuk malam ni je aku marathon MAKAN da macam-macam..1st makan sup, 2nd makan roti, 3rd makan roti lain lagi, 4th makan MARS *coklat weii, 5 makan kek..nice!!!makan dari pukul 8 malam hingga 12.30 pagi tadi..n jap lagi kene tdo..belom sempat makanan nak hadam aku da pengsan..harapan berat naik sangat tinggi..hahaha..hmmm..rasa nya sebelum ni pun da naik lepas kes 5KG turun tu..

hokey..setelah berapa hari aku tak leh tdo hingga kul 3 lebih dok tergolek-golek atas katil finally setelah sekian lama jam 12.38 ni mata aku da ngantok..

p.s : selingan..aku tak paham la..apsal ko main-main dengan aku??nak kene hempok ape?bila aku lepas kan ko datang, bila aku tunggu ko pulak tnjuk yang ko ni sama macam orang lain..yang mana aku?sebaya?tua?muda?semua tak buleh pakai..maaf..*mengamuk lagi..dah tak ada mood da nak jumpa..huh!!

Monday, October 17, 2011

today

semua appointment hari ni kene cancel..need to finalize all the paperwork back..hidup di kelilingi dengan paperwork projek..experience tu MAHAL tak ternilai. so manfaat kan 1 sem yang ada kat ukm terchenta ni..btw..sebab kan macam da tercenta kat ukm macam nak sambung master terus kat ukm..tu pun kalau result gempak la..3 pointer above..amin..amin..

lagi satu..aku da tak suka la mengharap, but bila aku da tak mengharap dia bagi lagi harapan..so macam mana? aishhh..masalah betol..k..mau ke kelas memakai baju kurung pink..haha..chooww!!

: tenang aeen :

fuhhh!!! tenang...tenang...doa..doa..doa..winkkk!!! (^__^)

Sunday, October 16, 2011

: esok pulak :

fuhh..baru lepas melepak dengan my best partner kat cafe..really miss him..lama tak jumpa..banyak benda yang bualkan..hoho..dari +ve ke -ve semua ada..kehh3..now citer esok..bangun pagi-pagi..dengar ceramah n balik bilik semula petang nya..tak apa..baik susah-susah dulu senang-senang kemudian..after balik bilik kembali sambung buat paperwork..need to submit it this week..tak kira..kene jugak..dah la minggu lepas da postpone..ishh..tak suka betol buat keje tangguh-tangguh ni..rimas..

p.s : hope sangat 'dia' tak baca blog aku..kalau tak kantoi semua benda..malu la aku kalau kantoi..adoiii..+_+..kalau kantoi da tak nak da jumpa dia..T_T

Saturday, October 15, 2011

: truth :


: weee~~ :D :

finally, setle my test..done!! next habis kan kelas teori pulak..wehuu..raya haji ada dalam 3 minggu lagi..agak-agak sempat ke tak nak setle sebelum raya haji ni ek?kene bukak jadual semula ni..semua kelas yang cancel gantikan dengan driving..harap2 sempat lorhh..RM200 lagi terbang..yeahhh..-___-"

: happy weekend :

cehhh..tak ada nya yang happy weekend untuk aku..bagi aku setiap hari tu hari bekerja aku..meja penuh dengan kerja..kerja..kerja..tetap jugak keje di dahulukan..tak study-study lagi..next week quiz..padan la..+_+

selamat la berdating, bershopping, makan-makan, minum-minum, jalan-jalan, kat semua yang sedang ber-weekend..hahaa..aku?macam biasa. stay bilik siap kan keje..minggu ni dok sorang-sorang sebab member balik rumah..cehhh..jeles ok..lagi-lagi aku ada kelas hari jumaat pukul 3 sampai 6..so bila naik bas pukul 6 tu seyes ramai yang naik bas angkut beg baju bagai..jeles teramat..huhuhu..20 more days to go..and 24 days to go too..;)

Friday, October 14, 2011

: silent :

malas nak update sangat blog untuk hari ni..nak study..esok ada exam LAW bak kata wan..aiseyy..gud nite semua..wish me luck..: |

: jangan buat aku gila, ok??! :

cukup la..aku da cukup tension ni..ko jangan nak melampau sangat buleh..stop calling me like that..aku tak suka la..da la keje melambak tak ada yang setle..asyik kene postpone je..satu apa pun aku xleh nak buat hari ni..ade je aku lempang laju-laju ni kat ko..

p.s : stop disturbing me..tq

Thursday, October 13, 2011

: stress :

keje sangat-sangat la banyak..da naik tension n stress da ni..sekarang rasa nak g vacation je kat mana-mana release tension..tapi..sedangkan nak balik rumah pun tak sempat ni lagi kan nak g bercuti kan..memang tak la..please..beri kerjasama dengan aku..aku ingat kan da final year n lagi-lagi final sem ni aku tak nak busy kan diri sangat..tapi..makin busy adalah..lagi busy dari sem-sem sebelum ni..i need someone yang buleh guide aku pasal paperwork indonesia ni..aku da tak larat..: (

p.s : rehat sekejap..hilang kan tension kat kepala..*sigh

: my blushing day :

goshh!!! goshh!!! goshh!!!terasa nak jerit kuat-kuat....hahaa..apsal la over sangat aku ni..aiseyyy..gara-gara semalam punya hal aku tak dapat tdo..hari ni jumpa depan-depan..lagi la..tak berani nak buat eye contact dengan dia..tapi macam tak ada possible kot..just suka-suka je aku ni..+_+

after this akan selalu berurusan dengan dia..wehuuu~!tapi tak buleh la kalau pegi sendiri.kan..pengsan malu aku kat situ..member cakap *patot la malam tadi tdo lambat..haha..sebab buat keje 'laen'..ada 2 keje lain aku buat..yang first keje +ve..yang 2.d keje -ve..tak pasal-pasal kene tarik rambut dengan diorang..kah3..xD

p.s : excited nye ni haaaa..weeee~ doa..doa..doa..winkk!! (^__^)

winkk..;)

falling in love dengan orang yang reti main gitar..sebenarnya bukan falling in love smpai nak bercinta..aishh..sebab pandai main je..lagi2 yang pakej..siap pandai nyanyi..ahakzz..
-_-"semakin merepek di pagi hari..perangai batman tak pernah hilang..aishhh..

ready for tomorrow..huaa!!berdebar-debar..hahahah..

: sebab dan penyebab :

mari aku story sikit..aku jenis yang tak suka buat benda yang aku xsuka bila orang lain buat..(aa..susah sikit nak paham ayat ni tapi paham-paham kan je la)..so tats why banyak benda yang orang lain suka buat tapi aku xsuka..

alamak hai..tapi tak semua paham orang macam aku..(macam mana nak paham kan sebab aku xpernah cakap aku ni macam mana)..silap sendiri kot..tapi tak apa la..janji family aku paham aku..btw aku pernah lalui satu masalah yang mana tak semua orang lalui..more kepada masalah peribadi jugak la..so banyak disebabkan problem tu aku jadi orang yang tak suka n benci sangat-sangat buat benda yang bila orang lain buat aku akan pikir negatif..

sebab tu la orang selalu kata jangan nak mengata orang lain sebab takot diri sendiri yang terkene...Allah itu maha adil kan..

kalau nak tau aku xsuka latih diri aku jadi macam perempuan lain..maksud aku perempuan yang kuat berfesyen, shopping, bf sana sini, terlalu bersosial, peramah sangat pun payah..just nak jadi perempuan yang biasa-biasa..susah nak dikenali tapi mudah nak rapat..winkkk..gud nite..: )

Wednesday, October 12, 2011

: phiewww!! :

haha..nasib baik tak jumpa hari ni..aaa..gugur jantung aku ni haa..tapi..esok tetap kene jumpa...huaa..
pe2 pon tak kisah la..watak perempuan hari ni dah habis..kan aku da cakap..aku pakai totally perempuan hari ni..see..semua mcm pelik kan tengok aku..kah3..tu baru org kat ukm..blom balik jb lagi ni..to my lalink-lalink nanti kan..revolusi dari aeen..ngahahahha..xD

: cendol punya pasal :

batuk aku kembali menggila..tu la..sapa suruh tunjuk cendol tu depan aku..haha
dah la aku hantu cendol..dengan ber ice nye lagi kan..kah3..nasib tak sental sampai habis..
dada aku da sakit ni...aiyOoo..
ubat??esok kot..ngahahhha~!
menyesal sebab tak pegi jamuan PC..da la  banyak makanan free..kambing panggang bagai..
ciss!!!benci...-_-"

Tuesday, October 11, 2011

: ehemmm..mati aku..T_T :

haha..asyik syok sangat main komen-komen, pastu poke-poke..nah!! hambek ko..kan da kene jumpa buat urusan kerja..huaaa..cuak..mati aku..ehemmm-ehemmm..macam suka je ni nak g..kah3..

alahai..da la esok nak act kat kelas..pengsan nak pakai topi bagai, totally esok bawak watak perempuan 100%..pengsan!!! huhuhu..tak mau...-_-"

pastu nak terus pegi canselori setle kan keje????gile la...+_+..yang gila nya tu pakaian aku tu..aiseyyy...

k la..sebabkan cuak yang melampau so aku nak buat keje n layan lagu...

: tak payah nak busy body buleh? :

hello!!suka hati la aku nak pinjam PTPTN ke dapat JPA ke sebab hutang PT tu yang bayar aku..ada aku guna duit ko??tak ada kan..so apa masalah ko?family ko ada masalah duit macam aku?haa??! aku masuk UKM ni pun pinjam duit orang nak setle kan yuran n beli barang...ada ko tau?aha..ko tak yah tau pun sebenar nya..lagi pun ko bukan sama batch dengan aku..so shut up ok..

ishh!!menyampah seh ko suka masuk campur dalam hidup peribadi aku..at least aku tak susah kan orang lain..kalau aku jumpa ko rasa nak tampar-tampar je mulut ko tu..kasi chili sikit baru tau..

p.s : haa!!kan da ngamuk..da berapa hari da aku tak ngamuk ni kan..fuhhh~!

Monday, October 10, 2011

: busy yang melampau :

aishh!!mesin basuh ni rosak pulak kan..dah la baju dah menimbun ni...tah bila la sempat nak basuh..seyes..sampai sekarang tak sempat nak study satu pun..letih weii..aduhhh..tension..see..tadi dalam perjumpaan SME leh wujud assgnmnt baru kan..+_+..

pliss2..nak balik..ri tu kol mak cakap nak balik deepavali n raya aji..tapi..huaa!!mak suruh balik raya aji je sebab jarak cuti raya aji n deepavali tu dekat..hurmm..sedih-sedih..tapi xpe..nak buat surprise untuk mak..hehe..rasa nak tampar diri sebab semalam da janji ngan mak nak tepon tapi lupa..tu la..penting kan sangat keje tu kan..: (

da sebulan lebih tak balik..tetap gak nak nangis malam ni...esok mesti jugak kol mak..wajib..kalau tak rasa nak lempang diri..fuhhh..

p.s : pandang keluar tingkap lalu lihat bulan..bulan..maaf ye..

: Malaysia :

wosshhhh!!finally. wujud pasport dalam hidup..haha..setle isu pasport..nasib la siap kurang dr sejam..now peruntukan pulak..prof cakap kalau aku berjaya ugut jppel dpt kan peruntukan so nanti aku tak yah buat marketing kat luar..haha..so yakin buleh ni..

first trip je terbang RM200..ni blom 2nd trip..brapa la duit yang terbang kan..adoiii..+__+

ok..da nak masuk seminggu aku tak sihat ni..da kene marah ni dengan member suruh pegi klinik..tetap jugak malas..hahaha..k la..pening pale seh..nak membuta..bubye~




: bye-bye :

hurmm..sorang dari staff KL fm yang pernah datang za'ba masa KAPREZA'11 dulu dah bersara.. nama dia en zainuddin..dia baik..macam ayah aku pun ada..dulu dia rajin tepon tanya pasal gambar n teknikal..aku kenal rapat dengan dia pun sebab aku yang handle pasal tapak untuk teknikal..ingat lagi dia pernah kol sebab nak bagi ktorg gambar masa dia snap pic kat camera die..sob..sob.da bersara da..

owh...nak g kelas..sempat lagi kan aku update..hahaha..k la..bye-bye..ngah rajen ni..

Sunday, October 9, 2011

(^__^)

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti 

Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi

 luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh

 kita siapa.


: seronok lah kan :

bak kata orang sekarang 'untung laaa'..sebab dapat dating kan..eh..aku bukan cakap pasal aku ey..pasal korang-korang tu..busan je dating..asal busan je date..aku lain..asal busan je aku tdo..busan je aku tdo..ngehehehe!~ ready petang ni nak g jOg menuju ke fakulti di UKM..hahaha..macam hebat kan..tapi tu semua terpulang pada cuaca..kalau tak ujan planning stil berjalan tapi kalau ujan tdo je la jawabnya..hahaha..


:hari ahad:

hurmm..da 2 hari da tdo aku tak ok sebab batuk yang melampau..kalau buleh dicuci tekak ni da lama aku cuci..semalam da setle kan banyak keje..assgnmnt P&M da siap..props blom siap..sikit je lagi..resume lagi la..hampeh..sebab tak ada gambar lagi..apa aku nak buat hari ni??

malam tadi seronok lepak dengan kawan-kawan (mira n balkis) kat bilik aku yang kecik ni..layan muvie bini-biniku gangster sampai kul 3..makan megi sama-sama..satu cup share 3 orang..haha..sweet kan ktorg..da 2 round je habis..haha..seronok la..lupa kerja jup..ni sat lagi sambung balik..aishhhh..

sejak-sejak ni hidup macam ada sedikit membusankan..now aku harap ade miracle yang jadi..bagi la sumthng yang extreme untuk aku kan..busan la macam ni..malas nak bebel panjang..aku nak makan ubat n kalau buleh nak membuta lagi..(sedangkan baru bangun ni..huhu)..k chOoww~~!

Saturday, October 8, 2011

: ampun :

haha..sori la..sebab ni baru nak update entry pertama sebab blackout la kolej aku pagi smpai maghrib tadi..lagi-lagi aku g dengar ceramah KPP..aku ni kan student yang rajen..tak tdo pun dengar ceramah tu..bagus nya aku ni..wekkk!!..btw ni nak bebel sikit..KPP 5jam..tapi secara realitinya 3jam je..2jam lagi banyak rehat, pengajarnya hilang, angkat fon, citer pasal life die, citer pasal citer p.ramlee lagi..aishh..payah!!dah la pagi nye aku tak buleh tdo sebab apa tah..sejam je terlelap..nasib tak terlentok-lentok masa ceramah tadi..next khamis ni nak amik test undang-undang..ni versi laju nye aku nak siap kan lesen..dah la banyak keje..

owh..banyak seh keje nak kene siap kan..next week nak g buat passport pulak..eh..surat aku xsiap lagi..adoiiilahaiii..badan ni tah bila nak sihat ni..(macam mana nak sihat kan, makan ubat pun malas, g klinik lagi la..)ahhahahhaa..hurmm..deepavali n raya haji..nanti kan aku menggila balik jB..keh3..

rindu da sangat-sangat ni dengan mak..hhuuhuhu..

p.s : letih la nak update banyak-banyak..mata da berpinar-pinar..kalau rajen tengah malam ni aku update lagi ye..membebel je lebih..hohoho..k choww semua..

Friday, October 7, 2011

banyaknya..o_O

owhh...banyak nye keje aku yang due date nye next week..dengan paperwork g indon, surat menyurat mohon itu dan ini, assgnmnt pelbagai subjek..quiz..kelas memandu lagi..tesis, cari marketing nak g vietnam lagi...arghhh!!!tetap gak update blog kan..ok..sikit je nak bebel..nak buat keje..bubye..

p.s : baik-baik..nanti ada yang 'menyalak'...;)

: harga rokok naik? :

hari ni bajet 2012 da diumumkan. n kononnya pada tahun 2012 harga rokok akan naik RM3..wow!!kaya la pengeluar rokok-rokok sekian alam kan..kenapa lah kerajaan tak naik kan sampai RM10 je lagi. bila tanya kat mereka yang merokok ni 'nape tak stop je merokok'..ade je la jawapan nya. siap ada yang cakap 'negara kene berterima kasih kat diorang ni sebab pasal rokok je salah satu penyumbang terbesar dalam ekonomi negara'..aha kan..memang penyumbang..n perokok juga penyumbang kepada jumlah mereka yang kene kanser, mati, sakit bagai sebab rokok. n yang paling best orang yang tak merokok pun semua terjebak sama gara-gara asap rokok diorang tu. da tak pasal-pasal macam "PEMBUNUH" pulak. 

aku tau mesti ada dalam kalangan mereka2 yang merokok ni mesti hangin satu badan ni sebab kerajaan naik kan harga rokok. pastu bila harga rokok da naik keluar pulak la cerita 'duit banyak-banyak tu kerajaan buat apa?' haaa..senang je nak nampak kesalahan orang lain..cuba pikir kenapa kerajaan naik kan harga rokok?sebab kerajaan pun tau kalau harga rokok tu tinggi mana pun orang tetap beli. so makin la naik ekonomi negara..'terima kasih' la kat mereka ni..ahakzz..sebab tu aku ANTI asap rokok. nak anti orang yang isap rokok pulak susah kan. sebab susah dah nak jumpa lelaki yang bersih dari asap rokok ni. kang memilih sangat tak kawen pulak perempuan-perempuan kat dunia ni kan..

p.s : mood hari ni patot nya nak g pusat kesihatan check up n amik ubat. tapi..sebab kan kemalasan tu mengatasi kerajinan, so next time je la..

Thursday, October 6, 2011

: blog :

aku nak jadi kan life aku rahsia after ni..so kemungkinan besar blog ni aku akan tutop..no more story lepas ni..jangan tanya kenapa aku tutup blog ni.. jawapan aku sama macam fb sebelum ni..sebab nak tutop la sebab tu aku tutop..see..senang je kan..

aku baru je balik ni dari dectar..penat sangat hari ni..dari pagi sampai ni baru dapat rehat. now nak makan ubat lalu nak memengsankan diri sampai esok. gud nite semua..

one more thing. Amin atas semua kata-kata kesat kamu. jangan terkenan kat bakal anak-anak kamu sudah la..mintak di jauh kan..: )

: uhuuukk! :

banyak pulak penyakit aku sejak-sejak ni..da berapa hari da asyik kene ujan je kan..so demam ala-ala baby..demam di malam hari..asal malam je panas satu badan.. lagi satu.batuk ni..seyes..trauma dengan batuk bila sebelum ni pernah batuk sampai sebulan. siap effect kat perut n ulu hati lagi..tak buleh tdo..hope sangat sembuh cepat..huhu..

hari ni tak ada masa nak update blog sangat. sebab busy. ni baru je balik appointment dengan butik kat bangi. tup tap kul 8 ni terus nak g fakulti lagi ade discussion. badan da rasa makin tak sihat ni. tapi demi nak siap kan keje cepat so gigih kan jugak. ujan ke ribut semua redah. tak ada alasan. so kalau yang lain tak bagi kerjasama memang ngamuk aku.

macam biasa. melambak dengan kerja. kerja yang siap tak ada lagi tapi yang bertambah dah banyak. banyak planning untuk diri sendiri tak dapat nak buat. kurang rehat lagi. ingat kan Raya Haji ni nak balik jumpa mak. rindu la sangat-sangat. tapi. orang lain da bOOk tarikh raya haji tu untuk g vietnam. so bila nya masa aku buleh balik ni?? aishhh..rindu sama kawan-kawan.

k nak g fakulti semula. dapat rehat 30 minit pun dah cukup. chOoow~~!

: jangan pernah berpaling tadah :

sejak-sejak aktif kat blog ni da makin menjadi-jadi kan aku update blog ni..da mcm fb..setiap sejam akan update..pedulik ape aku orang annoying ke tak..suka spend time dengan adek-adek..ketawa sama-sama..sakat menyakat. benda +ve kamu beri akan +ve jugak kamu dapat dari akak ok..so dun worry..

eh..tak yah nak tau status aku sangat..single ke double ke trouble ke biar kan je aku..no need la nak amik tau..kalau ingat lagi aku macam mana masa sekolah menengah dulu so aku akan bakal jadi macam masa tu..yang tak tau tak pe la..kasi curious lebih. btw. jangan jadi kan aku stalker lagi sebab aku betol2 da pencen ok..

kbai..da kul 1.50AM..chowww~

p.s : sila 'view' blog saya at least 2 kali sehari sebab saya akan update sekurang2 nye 2 post dalam sehari..kah3..ni maklumat untuk stalker setia ok..*wink

: hipokrit :

tak perlu nak mintak maaf kalau hati tak berniat ikhlas nak buat
tak perlu nak lepaskan kalau hati kata tak nak
tak perlu nak mengata kalau tahu diri sendiri tak perfect
tak perlu nak bercakap mengenai pahala dan dosa kalau lupa nak cermin diri
tak perlu kata nak dapat dekan kalau tak nak usaha
tak perlu kata nak kaya kalau malas bekerja
tak perlu nak ade bf/gf kalau sekadar nak buat peneman dikala bujang
tak perlu nak tegak kan benang yang basah kalau dah terang-terang tu salah sendiri


p.s : tak payah nak mengharap sesuatu yang perfect if diri sendiri pun tak perfect..sekian~

Wednesday, October 5, 2011

: tak salah kan sapa2 :

nampaknya macam post aku yg bawah ni da jadi rantaian..maybe akan ada yang maki aku. aku tak kisah sebab apa yang aku cakap berdasarkan fakta. tak nak berkawan dengan aku atas sebab isu pengurusan kolej bagai?silakan. Allah lebih tahu apa yang terjadi disebalik kejadian. aku buat post ni bukan macam curah minyak kat api. tapi nak saling ingat kan..even untuk diri aku pun. kalau dengan orang lain kita tak hormat macam mana kita nak hormat keluarga kita. ni lagi kan pulak saudara seislam kan. jangan hidup diatas nama agama tu sendiri tapi landasan hidup masih goyah. berusaha muhasabah diri. sama-sama majukan apa yang korang nak capai. 

yep.aku memang bukan bagus pun nak cakap macam ni. tapi semua ini untuk peringatan diri aku jugak. so just be +ve. kalau rasa nak marah sampai tercarut tu harap beristighfar mohon lembutkan hati. setiap perkara ada baik buruknya. kita yang kene pandai menilai.

: happy + marah :

happy : dapat invitation from pengurus nak bawak aku pegi Vietnam. ada sebab rupanya. walaupun laluan nak ke Australia terpaksa dibatalkan, tapi at least prof n en nizam cari idea nak guna laluan yg sama tapi guna kaedah yang lain. nasib peruntukan yang ptot diberikan untuk ktorg ke Australia tu dapat di bawak terus ke trip Vietnam ni..Amin. field trip pulak lect tetap nak jalankan kat Indonesia. so syukur. dapat ke Indonesia dan Vietnam sem ni..*tapi. duit kat poket dah menyusut sebab bayar lesen..huaaa!!mintak akak support pon best..haha

marah : baru dapat tau yang aku telah digolongkan dalam keluarga binatang. even mak ayah aku manusia. nak panggil aku BABI buleh, tapi jangan sampai aku dengar dengan telinga aku sendiri. jangan gunakan agama untuk tnjuk kan kebaikan semata2. maaf kalau post ni ada buat org lain tak puas hati. selagi aku buleh senyum aku akan senyum. 

p.s : guna kaedah tegas dan carutan/makian adalah berbeza sangat-sangat. tak salah guna cara yang tegas tapi  masih menjaga bahasa. kita terutamanya sesama melayu tak akan nak merosakkan kaum sendiri. manusia ada hati. bentuklah ikut cara yang betol. berikan ajaran sebagai seorang manusia. bukan seperti melayan binatang.

: fuhhh~! :

apsal la kan dari malam tadi berdebar je ni..
sampai sekarang ni..
macam nak tertanggal jantung ni..
apa yang nak jadi?
fuhhh..fuhhh...

k out ke kelas..

kbai.

: : : :

haa..bayangkan...tiap-tiap malam aku akan menjerit bawah bantal. bila stress rasa nk jogging je walaupun malam..tah kenapa malam ni aku sangat-sangat la negatif jat diri sendiri. cacat ni. muka jadi merah bila aku marah. kaki jadi sejuk. pastu asyik nak makan je bila tension. jaga diri sendiri. tak ada yang amik pedulik. sebab aku suka simpan dan pendam bila marah. eh..tak.. kadang-kadang je. tah kenapa aku nak marah je malam ni.

hidup ni memang berpusing macam roda. bila kita dah rasa sesuatu kemungkinan akan kene tu tinggi. mungkin jugak tak. macam kawan aku cakap. dia sedih sebab mungkin orang tu dah buang dia dari memory dia. tapi ada betolnya. kita kene lupakan orang yang dah lupakan kita. kan.. : )

tapi kadang2 kenangan tu memang tak akan hilang. so selagi rasa nak menangis baik kita menangis puas-puas. sebab selain dari meluahkan kat someone yang kita percaya, dengan menangis tu pun dah boleh tenang kan hati. (advice ni untuk kawan saya juga).

p.s : pernah tak anda perasan satu keadaan ini. mereka yang jarang berkapel yang akan berkahwin dahulu. most of them la..tak semua.. so dun worry pasal jodoh kamu k..: )

: who'r you? :

saya tak kenal awak. kenapa awak nak stalk saya? maybe kawan awak or kesayangan awak kenal saya. tapi tak ada apa nak saya bagitau. tak perlu nak stalk saya. sebab saya paham stalker tu macam mana. (sebab saya stalker tegar) tapi da pencen. tak perlu nak jeles pasal saya. sebab semua tu benda yang dulu. saya hanya lah OPTION. 

btw, hai awak. selamat berkenalan di alam maya.. *wink.


p.s : sapa makan chili dia terasa pedas nya. saya tahu siapa anda. : )

Tuesday, October 4, 2011

: my first internship :

InsyaAllah akan start ber-internship pada 23 Jan 2012. now ready nak pilih company mana nak pilih. JB or KL? JB? KL? aishhh.. kalau KL mana nak tinggal? lagipun kalau stay KL jauh dengan semua lalink-lalink saya. tapi dekat dengan UKM kan..heee~ (^_^).. apa je la ada kat UKM ni kan..jengg..jeng...jengg..hurmm..still dalam proses nak siap kan cover letter, n my cv..

macam busan pulak blog aku sejak2 ni..k bai..nak sambung search tempat, buat cv n cover letter.. sekian..

p.s : i'm curious with sumthng..hurmmm..: |

1:40 AM

owh..stop kejap buat keje. sebab dengar lagu best kat Seoul Fm ni. tangan gerak kan mouse untuk klik ke blog sendiri. kembali nak merepek pagi-pagi buta ni. alamak. lupa pulak nak merepek apa. aduhhh. ok. jup. datang balik idea. owh no. busy betol final sem kat UKM ni. gila. da nak gila pun. tesis . field trip yang dalam proses paperwork nya. sampai kan terover rindu fb and twitter. lama tak menggila membebel kat twitter yang pasti. owh. ada kebaikan rupa nya. busy yang bertempat. malam ni rasa tak nak tidor. tapi. esok kelas autolock. maksud kelas autolock ni ialah. sapa masuk kelas lambat nanti semua pintu dewan secara automatik nya akan terlock. aduhh. seram bila dengar. Alhamdulillah. sem ni tak pernah lagi aku skip kelas. tapi. bakal skip demi nak balik rumah dalam 3 or 4 minggu dari sekarang. rindu pada mak. 

owh. tak ada benda sangat yang nak diceritakan pada orang. lagi. owh. maksudnya sebelum ni ada lah jugak. just malas nak membebel. blog ni da jadi kawan saya gantikan twitter n fb. eh. mana mereka? tah. tak tau. mana tah aku belajar membebel style macam ni kat blog. 

owh. ada cerita. sabtu ni aku da stat proses untuk dapat kan lesen kereta. kesian kan. da 22 baru nak amik lesen. kesian. sorang-sorang pulak tu. tak apa. nampak sweet la konon bila tak reti bawak kereta. damm. malu*.

kbai. dah ngantok. sila lihat saya dari jauh sebab saya pun perhatikan dari jauh. tengok bulan. nanti nampak. doa. doa. dan doa. 

Assalamualaikum. *senyum

Sunday, October 2, 2011

Thank You Allah

bukak laptop, search internet, cari bahan, bukak seoul fm, pasang earphone kat telinga, bukak lagu kuat-kuat.

setle masalah. melayang sana sini. pastu ok balik. melayang balik. senyum sorang-sorang. tidor. bangun. mandi. makan. meroyan. pastu ok.

cipta sejarah. 10% berjaya lupakan. sekejap. sebab dia cakap cuba lah minat orang lain. nanti berjaya. walaupun tak lama. ok. berjaya minat. sekejap. tak lama. gembira berbual dengan dia. sekejap. sambung sedih. eh. tak ada lah sedih sangat. biasa-biasa je. cuba lepaskan rasa tu. walaupun sekejap. asalkan tak gila.

tak nak nampak macam terdesak. hanya ikut aturan. kadang-kadang terpikir. kadang-kala terlupa. 

nak gembira je senang. bila tengok dia bahagia. tu je. walaupun sekejap. pikir makan pun buleh gembira. yang ni lama. 

kembali kepada hidup yang normal. 

: : cOuntdOwn : :

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers